Wednesday 23 May 2012

Meninjau Taman Tamadun Islam :)

Assalamualaikum semua :)

malasnyeeeee nak update bloggg
hahahaha
tapi kesian pulak..gambar banyak 
tapi tak update
gagahkan jari untuk menaip
ok..hari ni mari bercerita tentangggg
Terengganu lagi..
yehaaaaaa...
baru sempat nk update..kesibukan dan kemalasan yang melanda diri ini
menyebabkan tangan tak rajin untuk update story..haha
(ayat boleh jadi lirik lagu kan..wakakakka)

pergi Terengganu Jumaat malam
minggu, minggu, minggu yang lepas..hehe
gerak dalam pukul 9 macam tu
mula en suami kata lepas balik keje pack2 barang boleh terus gerak
tapi atas sebab2 lain tak sempat nak gerak lagi awal
nak dijadikan cerita
masa nak gerak kat shah alam lagi la kan
en suami siap2 penuhkan tank minyak
lepas tu bila nak gerak..baca doa semua
en suami pun bertanya
'sayang, tahu tak channel IKIM dekat area pahang & Terengganu'
saya pun tetiba blur
kenapa tiba-tiba tanya channel IKIM kan
en suami ni nak nyanyi nasyid ke..hehe
but then, tiba-tiba terdetik nak tanya kan
kenapa sayang?...jalan yang kite nak lalu nanti keras ke?
(amik kau..lancang betul mulut nak tanya kan..hahaha)
en suami pandang..dia kate 'memeyla'..hahahah
eh..xdela dia jawab macam tu kan
en suami pun jawab..memangla..kawan dia pernah kene..dekat area jalan J****, kawasan tu gelap taw
lampu jalan pun takda, kite ni dah la gerak malam..sampai situ tak tahu pukul berapa
takdala..saja je nak tahu channel IKIM kan ada ngaji2 kan (mula2 degar mcm nak gelak, tapi bende macam ni kite tak boleh berani, tak boleh takut sgt kan)
lepas tu saya terus diam
nak sangat tahu kan..rasa kan..baik tak payah tahu tadi
masa tu rasa macam lain la gak
dalam hati tak henti berdoa, baca ayat qursi semua kan
berdoa, perjalanan kami selamat..
tapi dalam diam mesej kat ika minx dia tolong google kan channel ikim..ekekke
but sedihnya dia kat luar pulak----
takpela..tawakal je la kan..

masa sampai kat genting tu tengok banyak jugak kereta malam tu
so, lega la skit..
bila dah nak masuk terengganu, tak ingat kat mane 
start hujan..lebat giler weyh..
lain macam betul hujan dia
tapi alhamdulillah, selamat sampai kemaman dalam pukul 1.30pagi macam tu
kitorang tumpang rumah zam n iza, kawan en suami 
so, dah jimat kat situ kan..ekekkeke
actually, tak berani nak tanya kat en suami jalan mana tadi yang kami lalu keras tu
lagipun rasa dah penat sangat..nak tido je rase
esok paginya baru tanya
so baru tahu..dan ingat memang tempat tu gelap sangat
alhamdulillah takda ape2 kan

ok back to the future..eh silap..haha, back to the story
lepas breakfisrt di rumah kawan en suami (wife dia ija masak kuih cek mek molek :)
kami gerak ke Kuala Terengganu
kemaman ke KT agak jauh la..
sempat la berdengkur dalam kereta..muhahaha
kesian lagi en suami drive

sampai KT terus pergi jeti Pulau Kapas sebab igt nak booking untu hari Ahad
lepas siap makan kami gerak ke Masjid Kristal untuk solat zohor


nampak besar kan..tapi dalam dia kecil je


Then, sebelah Masjid Kristal ada Taman Tamadun Islam
mula-mula macam malas nak pergi
tapi rasa dah alang pergi KT kan, nanti zaman bila pulak nak pergi lagi
so lang alang meyeluk pekasam, terjah je la kan..haha
masuk kene bayar RM 15 per kepala gitu
ok la sbb dia bag coupon air dengan souvenir

Taman Tamadun Islam ni (TTI) ada 23 buah monument Islam yang hebat ( igt kat sini kejap je la kan..sedar2 x sedar 2 jam ktorag kat sana)



ni kat pintu masuk TTI
sila abaikan peha yang semakin membesar itu..haha


ok, enrty kali ni kite belajar sejarah sama2 ye kawan2..haha
kalau korang bosan, tak payah baca, tengok gambar je ye sayang..haha..
tapi tak dapatla eden nak cerita semua, yang ada gmabar je kite cerita ye

 ok..yang ini replica National Mosque, Malaysia
dibina pada 1965
bumbung utama yang warna biru tu kan lambang payung diraja yang terbuka & menaranya tanda payung yang ditutup.. (baru tahu rupenye..haha)



this one pulak, Kudus Minar, di Central Jaya, Indonesia
dibina pada 1549
reka bentuk bercirikan campuran hindu dan Jawa
nak tahu boleh tengok kat menara dia macam Chandi kan...



 ini kalau tak silap
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei
dibina pada 1958, dinamakan sempena nama Sultan Brunei yang ke 28
struktur kubah emas masjid ni merupakan binaan tertinggi di Brunei
hebat kan..kite tertinggi KLCC :(


ok yang ni pulak, masa ni tak larat nak naik tangga , ambil gambar dari jauh je
kalau siapa taj tahu memang kesian la kan
Taj Mahal, Agra, India
Maharaja Mughal ke 5, Shah Jahan bina istana ni bagi mengenang kisah cinta terhadap isterinya, Mumtaz Mahal


Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqaddis, Palestin
Dibina pada 692M, Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah
cantik kan



 kincir air pun ade




ini Great Mosque of Agadez, Niger
unik kan...masjid ini di buat dari tanah yg dikeringkan , dibina pada abad ke 16.
mempunyai menara berbentuk piramid dengan 13 baris perencah kayu untuk kukuhkan struktur dia


ok ini  Kaabah Mekah,
masjid paling paling suci bagi umat Islam
Kaabah yang bermaksud tempat tertinggi yang terhormat dan berprestij'


Great Mosque of Qiarawan, Tunisia
Dibina pada 670M, merupakan monumen Islam paling tua di Tunisia


Abu Nasr Parsa, Afganistan
ciri menarik diamakam berbentuk oktagon ni ialah 2 tiang berpusing dihadapannya
makam ni dibina untuk mengabadikan jasa ahli teologi terkemuka Khwaja Abu Nasr Parsa


ini pulak
Suleyman Mosque, Turkey
Ia menempatkan sekolah perubatan, hospital, kedai, tempat simpan senjata


Masjid Kul Sharif, Kazan Russia
pernah dibiarkan musnah, dibina balik setelah kejatuhan Soviet Union


Masjid Nabawi, Madinah
Masjid ini dibina  diatas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat baginda disemadikan


ini masjid Samarra Iraq
uniknya menara pusing2 yang terletak di utara masjid


nama dia kalyan minaret , uzbekistan
berbelit lidah menyebut kan..hahah
merana ni dibuat dari bata yang dibakar


ni pulak Masjid Mohamed Ali, Eqypt
juga dikenali sebagai Masjid Alabaster.

fuhhh...actually ada lagi..tpi ada masjid yang tak sempat snap picture dia
letih tak tangan korang scroll ..hahaha
kalau korang datang Terengganu, tryla pergi sini..
banyak knowledge boleh tahu kan..

ok..yang lain sambung next entry ye
till then,

love,
iefayanghazali

No comments:

Post a Comment