Thursday 5 July 2012

Meluah

Assalamualaikum...

maaf..ini mungkin entry yang sedikit emosi
ini mungkin yang terakhir, entry sedih2
minta maaf jika anda sudah bosan
untuk melayan rasa sedih saya!
 saya hanya menulis apa yang saya rasa
hati dan perasaan kita tak boleh tipu kan

sebelum apa2..
SELAMAT MENYAMBUT MALAM NISFU SYAABAN..
saya minta maaf dari hujung rambut  sampai hujung kaki
jika saya ada buat salah atau tersinggung sapa2
dalam keadaan sedar atau tidak..

today 5th Julai 2012
waktu saya menulis entry ini tepat 12 pm..
tarikh yang sama, cuma masa dan bulan yang berbeza
it's already been a month
mak kesayangan tiada bersama kami
5 Jun 2012 , 11.27am 
saya tidak akan lupa dan tak pernah lupa tarikh, waktu dan saat itu
saya ,kami adik beradik di sisi emak
mak sedang kritikal..
hanya kalimah shahadah dan bacaan yassin yang kedengaran 
dan meniti di bibir anak2 mak
saya masih percaya mak kuat..mak akan berjaya harungi saat2 getir itu 
jangan ditanya perasaan ketika itu..hanya air mata yang tak henti2 mengalir

tetapi
tepat 11.27am
doktor datang 
memaklumkan yang jantung mak sudah berhenti berdegup

Ya..saya pandang doktor india itu 
biar betul doktor ni kan
saya masih lihat dada mak masih berombak..nafas dia masih ada
takkan dah berhenti jantungnya..
tapi ternyata doktor india tu tak tipu..
ini bukan mimpi
sewaktu saya melihat tiada denyutan nadi di skrin itu
hanya papar _________________
dan bunyi teeeeeeeeeeettttt
Hanya Tuhan sahaja yang tahu..
saya meraung..air mata sudah lama merenjis2 keluar
ketika itu saya masih belum bersedia..
tetapi

Kenyataan pahit dan sangat...pedih  itu
yang saya pasti harus terima.. Allah lebih Menyayanginya
mak..bahagialah mu disana ..

Hari sebelumnya mak ok je..kakak suap mak makan
walaupun mak makan skit je
kakak takkan lupa mak..masa mak tenung kakak di waktu itu..
mak tenung tak kelip2
kakak rindu sangat nak peluk mak..
24 tahun sahaja waktu yang kakak merasa kasihmu ibu
50 tahun sahaja dirimu dipinjamkan di dunia..
cukup waktu..dirimu dijemput Ilahi..

Sebulan dah masa berlalu..
selepas mak tiada..
dalam hati ini saya rasa ada satu sudut yang kosong..
mungkin akan ambil masa yang lama untuk pulih..
orang takkan tahu apa yang kita rasa
mereka hanya melihat
banyak benda yang saya buat mengingatkan kat mak
dan setiap kali itu hanya doa yang kakak dapat berikan..
kakak cuba untuk tidak menangis..tapi bila kakak sorang2 kakak gagal mak..
suami banyak membantu
untuk kembalikan gembira saya..
moga adik2 dapat menjaga diri..sebagai kakak , ya saya risau
mereka masih belum berkahwin..
dulu mak ada..mak yang jaga mereka
sekarang..hmm..saya harap mereka dapat jaga diri sendiri
aminnnn

ramadhan semakin hampir..
raya ni kakak dah janji nak raya dengan mak..
tapi tak sempat..
AL FATIHAH 


love,
iefayanghazali

2 comments: